Thursday, 25 December 2014

Produk & Moodboard

Tadi Cik Pipah dah post bagaimana proses2 menghasilkan batik..pastu....proses membuat beg...
dan sekarang Cik Pipah nak post peragaan beg yang Cik pipah buat tu dan kemas kini moodboard yang terdahulu....

----BEG---




ok macam mane kekawan semua....ok x beg yang Cik Pipah buat nie....buat ok...bukan tempah...
walaupun Cik Pipah nie xpandai sangat menjahit..gigih untuk cuba lakukan....hahahha

Sekarang nie Cik pipah nak tunjukan moodboard yang dikemas kinikan

MoodBoard yang terbaru

tulah hasilnya...peringkat seterusnya akan di nilai pada 29/12/2014...semoga berjaya menempuhnya....
wish good luck for me...sekian terima kasih...

By Cik Pipah....


* BeG*

----sambungan----

Dari post yang sebelum nie...mengenai proses2 macam mane nak hasilkan batik...
sekarang kite nak buat bagaimana menghasilkan beg pulak dari batik yang telah lukis....

PROSES









siap pun..hihi...inilah hasilnya...nie la produk untuk Batik Melaka...
sekian....

By Cik Pipah..










------PROSES--------

Assalamualaikum.....
apa khbar semua..rasa dah lame tak update kt blog nie...

ok ari ini Cik Pipah nak update 1 projek..haaa projek ape?? jom kite tgk...

projek ini ada kaitannya dengan "Batik Melaka"....

Dari design Batik Melaka....Cik Pipah akan jadikan ia satu produk....biase korang semua tengok Batik Melaka membuat baju dan paiting kan...so kali nie kite buat lain lak.....

Dari design Batik Melaka..kita jadikan ia seakan design Batik melaka...

Design Batik Melaka
Inspiration dari design Batik melaka

dari design ini kite akan olah lagi memjadi 1 design yang lengkap....
mari kite tengok proses- prosesnya.....

PROSES

proses pertama dalam membuat batik mestilah ada kain putih...Cik Pipah guna kain Cotton..kain tersebut mestilah 100% cotton dan tiada campuran...

proses seterusnya kita lakar dan mencating dibahagian yang putih...(lilin mestilah panaskan dulu ok )....


 
cantimg putih dahulu sebelum warna

warna pada bahagian yang telah dicanting

kalau nak warna semua bahagian pun boleh ikut kreativiti masing-masing...dan anda semua boleh campur pelbagai warna mengikut keperluan...

biarkan kain sehingga kering sebelum canting semula

bila dah kering..canting semula design atas kain yang telah diwarnakan

jadilah kain yang dicanting tadi seperti ini :

bahagian yang telah dicanting semula

letak warna tambahan untuk naikkan seri warna lagi....xkisahlah nak warna apa..Cik Pipah letak warna kuning...dan tunggu sehingga kering sebelum dimatikan warna.

BAHAGIAN MATIKAN WARNA

OK.bila kain betul2 dan kering..boleh lah kita matikan warna..matikan warna nie untuk kekalkan warna pada kain supaya tidak luntur... 

kain direndam dalam pemati warna 

setelah 8 jam, kain dibilas untuk menghilangkan baki pemati warna...dan boleh lah rebus kain untuk hilang kan lilin...jemur kain ditempat yang bersesuaian....

APAKAH YANG TERJADI SETERUSNYA..?? NANTIKAN....

BY Cik Pipah

























Tuesday, 2 December 2014

----MOOD BOARD------

Assalamualaikum semua....

Lama rasanya Cik Pipah tak up date...maaf semua....
hari nie Cik Pipah nak up date sikit lah pasal keje2 Cik Pipah nie....ala biasalah dah nak finalkan...
kejap jer rasa masa berlalu....
ok...Cik Pipah tak nak cerita panjang lebar sangat...cuma nak cerita sikit berkaitan dengan mood board...

Apa itu mood board?? mood board adalah sejenis kolaj yang terdiri daripada imej, teks, dan sample objek dalam susunan. Ia juga boleh dibuat dalam pelbagai imej yang lebih berkualiti...

jadi kalo anda semua nak tengak sesuatu karya..dalam mood board sudah menceritakan segalanya...ia macam sinopsis jugak lah....

nie merupakan contoh mood board dari luar..




 imej by google

ok sekarang nie Cik Pipah nak tunjuk sikit la mengenai mood board yang Cik Pipah buat....dan proses2 nak buatnya.....Cik PIpah gak ada buat pattern berdasarkan produk yang kite nak,...

ok jom saksikan...:

nie lah bahan2 nak buat mood board...ada gunting..pisau dan sebagainya.boleh gak tambah manik sikit ikut sesuai

gunting inspiration imaj kite...mengikut sama rata..baru nampak kemas

ok ni hasil dari inspiration imej...

kain lebihan ditampal dan mengikut nama kain

nie adalah produk ideation..guna kertas dan canting

 ideation design
sebahagian design ideation...

tadahhhh...nielah mood board yang hampir nak siap....



pattern beg 

Mood board yang hampir lengkap tu Cik Pipah just tambah sikit...iaitu..pattern dan ideation Cik Pipah gantung di mood borad....