Monday, 13 October 2014

Batik Blok Malaysia

Batik Blok digunakan dalam pembuatan kain sarung. Pada asalnya blok batik diperbuat daripada kayu dan kemudian mengalami proses perkembangan di mana kini blok batik diperbuat daripada besi atau tembaga mengikut corak atau motif - motif tertentu. kebiasaannya motif tumbuh - tumbuhan banyak diguna pakai dalam batik blok Terengganau.

Batik Sarung Terengganu- gambar dari google

Pada 27 Sept. 2014 lepas...Cik Pipah dan kekawan telah sampai ke Kraftangan Jalan Conlay untuk meninjau, melihat dan membeli beberapa helai kain batik yang diusahakan oleh pengusaha tempatan....pelbagai jenis kain batik dan produk lain telah dipamerkan untuk tatapan pengunjung sama ada pengunjung dari tempatan mahupun pelancong asing.

Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay - gambar dari google

Pameran barangan kraf di Kraftangan Malaysia - gambar dari google

Bermacam - macam kraf yang dipamerkan dan dijual disana...semuanya merupakan barang yang asli dijual di galeri Karyaneka di Kraftangan. Macam - macam produk Cik Pipah tengak semasa berada disana..antaranya batik blok, baju, songket, cenderamata dan macam - macam lagi...rambang mata dah tengok...harga pun berpatutan...tapi tujuan Cik Pipah ke sana untuk mencari kain Batik Blok...so jumpa la apa yang Cik Pipah nak tu..ni hasil nya..


Kain Batik Blok 


Batik Blok bermotifkan Sarawak
( bermeter RM 25 semeter )

setelah puas meninjau didalam geleri tersebut..Cik Pipah dapat la membeli 1 jenis kain batik sarung yang biasa...nak beli yang luar biasa agak tidak berkemampuan...tapi harga2 yang ditawarkan mengikut kuali kain dan motif...jika yang bermeter antara harga RM25 semeter...jika kain batik sarung harganya antara RM35 - RM 45....Cik Pipah dapat lah murah sikit sebab pakai kad pelajar hiihihi....

ini lah hasil buah tangan dari Kraftangan...harganya RM35 
Batik Blok

dah puas tinjau2 digeleri...kami pun g la melawat di sekitar kraftangan....tapi maaf tiada gambar untuk dikongsi sebab xsempat nak berselfie di sekitar kawasan Kraftangan...nnt klo Cik Pipah datang sana Cik Pipah ambik gambar banyak2 untuk korang semua....jika sesiapa yang berminat nk tengok ada apa kat galeri bolehlah datang melawat....kalau tidak pun korang boleh la pergi ke hari kraf kebangsaan pada tahun hadapan awal tahun 2015......

sekian dari Cik Pipah.....







No comments: