Sunday, 2 November 2014

TERHASILNYA BATIK....OLEH RAS BATIK....

Assalamualaikum...sahabat2 semua...

Sebelum nie Cik Pipah dah ceritakan pasal Pengusaha Ras Batik dan dan cerita berkaitan dengan Batik Blok...so belum ceritakan mengenai penghasilan Batik di "Ras Batik"...Mudah jer...pengeluaran "Ras Batik" semuanya dibuat menggunakan batik lukis....kalau blok tu adalah tapi hanya untuk pelangan yang ingin membuat demostrasi sahaja...kalau baju - baju nie semua nya batik lukis.....kalau peralatan membuat batik sahabat - sahabat semua mesti tahukan...mesti ada canting, lilin,damar,dapur kalau tak ada dapur macam mane nak masak lilin yer dak..??? dan barang yang berkenaan...eh 1 lagi kain mesti la adakan..kalau tak nak canting atas apekan..hihihi dan hasilnya simple dan menarik...

inilah bahan2 yang digunakan dalam membuat batik - En.Rasli

Cik Pipah datang bengkel Abg Ras hari tu...alamak haii..dah habis canting lak...tak apalah...tapi masih ada kain yang baru dicanting dan diwarnakan diatas pemidang....ini Cik Pipah tunjukkan design2 yang telah direka oleh Abg Ras sendiri........

setiap design adalah berbeza dari segi warna dan corak

setiap design berbeza - beza dengan kain lain

design2 ini semua untuk baju kemeja perempuan.

Cik Pipah dimaklumkan...ini adalah design yang terkini dari pihak "Ras Batik".....Abg Ras menggunakkan teknik spray warna + sodium salicat untuk menghasilkan teknik semburan.....agak berbeza jugak dengan design yang atau penggunaan teknik dalam penghasil batik....nama pun batik Melakakan...

inilah hasilnya..

kalaulah sahabat2 semua lihat....sekali pandang macam same jer kan design tu...ala2 kerawang gitu...memang "tranmark" Abg Ras...kata beliau la...tp bila Cik Pipah perhatikan..mmenag betul lah...nak tengak design lain ker.....ok jap ok...ok sebelum tu nak buat promosi sikit la..jika berminat untuk baju couple ker, nak buat hadiah pada awek ker..bolehlah tempah kt talian ini 012-3795581 Abg Ras...

Ok Cik Pipah nak tunjuk lagi kain2 yang dihasilkan di "Ras Batik" yang berbentuk same jer dengan baju kemeja tu....



inilah sebahagian design2 yang seakan - akan.....

sebenarnya banyak lagi design yang sama....tapi lain reka bentuknya...jika sahabat2 hendak pilih mesti sahabat2 akan berfikir sejenak...sebab apa...haah kalau nak tahu sebab apa...sebabnya..sahabat2 semua tidak boleh nak buat pilihan...design ini warna macam ini...tp saiz lak tak kena....tapi kalau nak tahu design2 kat "Ras Batik" memang cantik2 dan hanya 1 design dalam 1 masa...kerana "Ras Batik" mementingkan kualiti dan kepuasan pelangan sahaja...haahhh apa lagi..cepat2 lah beli...sementara stok masih ada...baik untuk perempuan mahu pun lelaki..






semuanya koleksi kemeja lelaki dan blous perempuan... kemeja perempuan tiada stok..nanti ada stok Cik Pipah tunjukkan k...

Ok Cik Pipah nak beralih arah..nanti kite jumpa lagi 
Assalamualaiku...



by 
aliahafifahsafri




No comments: