Monday, 29 September 2014

Indahnya taman

Assalamualaikum...dan salam 1 Malaysia...

Rasa lama pulak tak post apa2 kan....ok kali nie Cik Pipah nak update serba sedikit mengenai dimana letaknya "Ras Batik" hahaahha mcm susah pulak nak cari....walaupun kawasannya dikelilingi kelapa sawit dan jugak pokok getah...waaa ada jugak bengkel batik dalam kebun...??tu la korang tak tahu...jangan terkejut pulak yer..bengkel ini dikelilingi oleh kehijauan alam semua jadi yang indah ciptaannya..hihihi




Ini la Bengkel Ras Batik di Kampung Parit Penghulu, Sg.Rambai Melaka.

biasalah kawasan kampungkan mesti lah ada kebun kelapa sawit..pokok getah n macam2 lagi...tiada dengar bunyi2 kereta, orang buat bangunan, dan bermacam macam lagi pencemaran bunyi.....tetapi disini tempatnye redup, ada pokok2 buah..dan bengkel ini agak kedalam kedudukannya...jadi sesorang yang baru pertama kali untuk pergi ke Ras Batik kenalah tengok papan tanda dengan betul k..takut la terlepas pandang..sebab,,bengkel nie terletak dibelakang umah orang...

Jika nak tahu...bengkel ini ade pangkin (seperti gazebo ) ditepi kolam ikan...memang tenang betul jika kerja kat sini la....jika nak berkarya pun boleh...yang best tu...hiasan ini dan kolam ikan itu dibuat sendiri oleh pengusaha "Ras Batik".....


Sempat pulak saya berposing dan berangan sekejap hihihi apa taknya....asik dengar bunyi hon kereta jer...bila dapat suasana seperti ini memang seronok......untuk staf2nya...dapat rehat2 di tempat yang nyaman seperti ini....waaaa sangat best...nanti nak datang lagi la...In Shaa Allah...









Monday, 22 September 2014

Pengusaha Batik "RAS BATIK" Melaka

Sebelum ini Cik Pipah ada cakap nak cari pengusaha tekstile untuk tugasan yang diberi.....so Cik Pipah dah jumpa pengusahanya....Pada 13 September 2014 hari sabtu yang indah lagi angin sepoi2 bahasa...Cik Pipah telah bawak 2 orang rakan untuk teman Cik Pipah untuk menemu ramah pengusahanya.....

RAS BATIK telah ditubuhkan dan dibangunkan oleh seorang pemuda yang bernama RASLI B. TUMIN pada tahun 1995. Beliau dikenali sebagai Abang Ras @ Ras dikalangan kenalan terdekat. Beliau telah telah dianugerahkan satu kemahiran yang sangat bernilai iaitu seni lukis. Tidak semua orang memiliki seni lukis yang semula jadi...dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau telah membuka perniagaan batik lukis secara kecil - kecilan dengan sedikit modal yang ada. Maka tertubuhlah "RAS BATIK" yang diusahakan di Kampung Parit Penghulu, Sg. Rambai


Inilah dia Pengusaha "RAS BATIK MELAKA"

Nama bengkel : RAS BATIK 
Nama pemilik  : Rasli B. Tumin
Alamat              : KM 32, jln parit penghulu,
                             77400 Sg. Rambai, Melaka
Tahun penubuhan : 1995
No.H/P             :012-379 5581
Produk yang dihasilkan : Baju Kemeja Lelaki, Kain Pasang, Blouse perempuan, Painting Batik dan lain -lain..so kalau follower yang nak tempah or nak lihat hasil kerja Abg Ras...boleh terus follow Cik Pipah kerana banyak lagi gambar2 yang akn dimuat turun di blog ini atau teruslah hubungi beliau ditalian yang disediakan.

Untuk membuktikan Cik Pipah dah sampai ker bengkel Abg Ras...ini la gambar nya...


Kg. Parit Penghulu

Inilah Tempatnya
RAS BATIK 

Pencarian Tugasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

First week yang sangat mencabar...kenapa?? Cik Pipah dah dapat tugasan yang boleh tahan susahnya...fffuuuhhh!!! ingat senang nak buat....ok kita buat dengan rela hati dan ikhlas.....Tugasan yang diberi adalah mencari 1 syarikat kecil dalam pembuatan tekstil....waaaa mane nak cari...??? tugasan yang sangatlah mencabar...ok kita sahut cabaran itu.....chaiyok Cik Pipah...!!!!

Kami bertiga Aliah, Ain & Amirah


Monday, 15 September 2014

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam perkenalan wahai warga blogger.......waaa first time nak berjinak2 dalam dunia blogger nie...Saya kenalkan diri saya sebagai Cik Pipah...baru jer berumur 24 tahun....pada 31 Mei 1990 jam 9.30 pagi....dulu time kecik2 kecik molek jer...budak yang xnk senyum dan budak muka sedih...tp dah besar nie budaknya tinggi lampai dan terlebih senyum sampai nampak gigi...orang kata senyum sampai ke telinga ....nampak sangat cik pipah bahagia hahahahah...kita kan dah besar...

ini la saya Cik Pipah

Cik Pipah aanak sulung....dari 5 orang adik-beradik.....adik-adik semua dah besar2 dan bujang2...Cik Pipah ade 3 orang adik lelaki...semua dah membesar sampai terlebih besar pun ada...hihihi terlebih tinggi dan terlebih kurus pun ada..hihihi macam2 ragam....Cik Pipah cume ade sorang jer adik perempuan yang suke melawa dari kecik sampai ke besar...tp Cik Pipah lagi comel rasa nya hihihi


nie la adik2 Cik Pipah

Mak dan Ayah Cik Pipah masih bekerja..masing2 kerja disekolah...elok pulak sebelah2 sekolah...nampak tak permainnya disitu..jimat minyak nk g keje...hihihi...Ayah Cik Pipah orang Selangor...dan Mak pulak orang Melaka...tapi kami sekeluarga duduk di Melaka..jimat dan mudah....tiada jalan jem dan xsesat jalan....Selamat Datang Ke Melaka...

 nie lah keluarga Cik Pipah
Dulu dan Sekarang