Monday, 22 September 2014

Pengusaha Batik "RAS BATIK" Melaka

Sebelum ini Cik Pipah ada cakap nak cari pengusaha tekstile untuk tugasan yang diberi.....so Cik Pipah dah jumpa pengusahanya....Pada 13 September 2014 hari sabtu yang indah lagi angin sepoi2 bahasa...Cik Pipah telah bawak 2 orang rakan untuk teman Cik Pipah untuk menemu ramah pengusahanya.....

RAS BATIK telah ditubuhkan dan dibangunkan oleh seorang pemuda yang bernama RASLI B. TUMIN pada tahun 1995. Beliau dikenali sebagai Abang Ras @ Ras dikalangan kenalan terdekat. Beliau telah telah dianugerahkan satu kemahiran yang sangat bernilai iaitu seni lukis. Tidak semua orang memiliki seni lukis yang semula jadi...dengan kemahiran yang beliau miliki, beliau telah membuka perniagaan batik lukis secara kecil - kecilan dengan sedikit modal yang ada. Maka tertubuhlah "RAS BATIK" yang diusahakan di Kampung Parit Penghulu, Sg. Rambai


Inilah dia Pengusaha "RAS BATIK MELAKA"

Nama bengkel : RAS BATIK 
Nama pemilik  : Rasli B. Tumin
Alamat              : KM 32, jln parit penghulu,
                             77400 Sg. Rambai, Melaka
Tahun penubuhan : 1995
No.H/P             :012-379 5581
Produk yang dihasilkan : Baju Kemeja Lelaki, Kain Pasang, Blouse perempuan, Painting Batik dan lain -lain..so kalau follower yang nak tempah or nak lihat hasil kerja Abg Ras...boleh terus follow Cik Pipah kerana banyak lagi gambar2 yang akn dimuat turun di blog ini atau teruslah hubungi beliau ditalian yang disediakan.

Untuk membuktikan Cik Pipah dah sampai ker bengkel Abg Ras...ini la gambar nya...


Kg. Parit Penghulu

Inilah Tempatnya
RAS BATIK 

No comments: